Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris singgah di sebuat pusat vaksinasi di Las Vegas bagi mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang berhempas pulas memberi vaksin kepada komuniti setempat.
Tindakan itu adalah sebahagian daripada lawatan rentas negeri Harris dalam kempennya untuk memaklumkan mengenai faedah bantuan COVID-19 yang bernilai 1.9 trilion dolar sebagaimana diumumkan Presiden Joe Biden sebelum ini.